≠
Sebuah keluarga terpaksa menggantungkan kain
rentang bagi memaklumkan pembatalan majlis perkahwinan hari ini berikutan
kematian pasangannya selepas terbabit kemalangan di Singapura, Jumaat minggu
lalu.
≠
Bapa saudara arwah, Musa Basar, 50, berkata,
walaupun sedih melihat kejadian itu di Faceb00k, mereka faham kesedihan
keluarga berkenaan kerana mereka sendiri masih bersedih.
≠
"Arwah N00r Helmee R0slan, 23, meninggal
dunia akibat kemalangan jalan raya di Singapura ketika dalam perjalanan ke
republik itu pada jam 3 pagi, Jumaat minggu lalu.
≠
"Akibat kemalangan itu, majlis persandingan
yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan dan kami faham keluarga pihak
perempuan menggantung kain rentang untuk memberitahu tetamu yang mungkin tidak
tahu kejadian sebenar.
≠
"Malah, kami terpaksa mengubah majlis
menyambut menantu pada 21 Mei ini kerana majlis itu sepatutnya membabitkan
arwah serta adiknya yang sepatutnya bersanding bersama pasangan
masing-masing," katanya ketika ditemui hari ini.
≠
Sementara itu kisah sedih berkenaan diviralkan
menerusi laman s0sial Faceb00k (FB) yang memuatkan gambar kain rentang di
pasang keluarga pengantin perempuan selepas terpaksa membatalkan majlis
perkahwinan hari ini akibat kematian pasangannya.
≠
Malah keluarga pengantin turut meminta 0rang
ramai sedekah al-Fatihah kepada bakal pengantin lelaki di atas kembalinya arwah
ke Rahmatullah.
0 comments:
Post a Comment